First Half :
Seperti perlawanan Nismilan sebelumnya, separuh masa pertama dimulakan dengan perlahan dan berhati-hati. Untuk 20 minit pertama, tiada percubaan bahaya ke arah kedua-dua gawang. Hal ini menyebabkan se sompek monjoling kek awek grand stand yang tak bokolip pandang pomain midfield Nismilan. Pominat setio gak eh.
Hazery tiada dalam kesebelasan utama Nismilan dan digantikan dengan Paklong. Nismilan dilihat cuba untuk melancarkan serangan melalui hantaran-hantaran pendek dari bahagian tengah. Namun tidak begitu efektif dan mudah dipatahkan pertahanan UiTM FC.
Yang se nampak la tadi, maso bola kek midfield, short passes ni jadi sobab pomain Nismilan berjayo buek small triangles yang banyak. Bilo dah buek triangle-triangle ni, sonang nak pass. Option dah ado. Pomain lawan pun kompom tak sompek nak intercept atau tackle bola. Sampai se inat an Barcelona la yang main tadi. Masalah deh maso masuk kek final third UiTM FC. Langsung hilang triangle deh! Tinggal titik yo kek dopan. Francis sorang. Tak tahu la pomain tak sompek support ko, takut ghamai bona yang attack nanti kono counter attack ko. Kot-kot memang ngaghapkan Francis yo yang gol ko. Tak tahu. Se boto-boto tak tahu!
Nismilan berjaya menjaringkan gol pada minit ke 21 menerusi tandukan Francis. Siapo la laie yang kito nak harap an. Gol terhasil menerusi sepakan percuma Rezal yang berjaya ditanduk Francis di far post. Looping header daripada Francis berjaya menewaskan penjaga gol UiTM FC, Azam Jais.
![]() |
| Aiman (N0. 17), Ketua Pasukan UiTM FC |
Nismilan menghadapi masalah apabila cuba bertahan daripada sepakan penjuru UiTM FC. Beberapa kali pasukan UiTM FC memperoleh free header namun gagal diarahkan ke arah gol. Helmi kerap keluar untuk menumbuk bola tetapi acapkali tumbukannya tidak tepat. Nismilan bernasib baik kerana jentera serangan UiTM FC tidak begitu tajam untuk menyudahkan peluang-peluang yang diperolehi daripada sepakan penjuru ini.
Second Half :
Nismilan bermula garang. Juga seperti perlawan-perlawanan lepas. Francis berjaya mencipta peluang untuk Bruno namun rembatan Bruno hanya menggegar tepi jaring.
Gol kedua Nismilan juga dijaringkan oleh Francis pada minit ke 81. Kali ini beliau membuat percubaan terus. He managed to get the ball over the wall and dipped it right after it passed the wall and left the goal keeper rooted to his spot. Se tak ghoti nak translate ayat tu jadi ayat melayu. Ni ayat copy paste. Hahaha!
Paklong bermain dengan cemerlang. Cukup cemerlang. Entah berapa kali beliau mematahkan serangan UiTM FC dengan berjaya melakukan tackle bersih. Entah berapa kali juga beliau membuat hantaran tepat kepada Francis untuk melancarkan serangan. A textbook ball winning midfielder performance!
Analisis :
Ini pandangan se yo. Kapten kito tidak banyak mempengaruhi perlawanan. Baik dari segi menyerang mahupun bertahan. Selain daripado assist beliau untuk gol pertamo Francis, se tak dapek nak ingat bondo lain. Simple passes ko kiri, kanan, dan bolakang. Itu yo.
Mungkin ramai yang akan cakap :
"Macam baguih komen pemain begitu dan begini. Apo tak kau yo yang main kek padang tu?!"
Tak buleh la macam tu. Dah kojo dio main bola. Kojo se edit video. Masing-masing kono comorlang la buek kojo masing-masing. Kot nak se main bola, kono putar balik maso la. Kot buleh, dari dalam rahim laie se praktis timbang bola.
![]() |
| Radzuan (No. 6) |
Thanabalan. Dibawa masuk daripada skuad presiden. Memulakan perlawanan dengan sedikit gugup. Tetapi persembahan yang lebih baik ditonjolkan pada separuh masa kedua. Tidak terlalu menyerlah malam tadi tetapi tidak banyak melakukan kesilapan. A decent debut. Jika diberi peluang untuk beraksi dalam lebih banyak perlawanan lagi, tidak mustahil beliau boleh menjadi pemain sayap yang berkualiti.
Keseluruhannya, Nismilan tidak mempunyai masalah untuk memasuki final third pasukan lawan. Masalahnya timbul selepas Nismilan berjaya berada di posisi tersebut. Amat jarang untuk kita lihat sesuatu yang positif dalam final third lawan.
Francis akan menahan asakan daripada 2 atau 3 pemain lawan. Bruno akan memberi support. Begitu juga dengan pemain sayap. Itu sahaja. Jika Thana atau Pua membuat cross ke dalam kotak penalti, hanya Francis dan Bruno sahaja yang berada di situ. Nismilan are not putting enough players in the penalty box to even have a chance of scoring.
Bandingkan barisan pemain UiTM FC dan Nismilan malam tadi. Bagai langit dan bumi. Seharusnya lebih banyak percubaan yang berjaya dibuat untuk menguji Azam Jais. Namun, percubaan yang dihasilkan boleh dibilang dengan jari.
Formasi yang lebih positif juga boleh digunakan dalam perlawanan tadi. Nismilan bukan menentang pencabar seperti Kedah, Sabah, dan Pulau Pinang. Nismilan mungkin mampu meletakkan Paklong bersebelahan dengan Bruno untuk menambah bisa jentera serangan. Thana dan Pua diarahkan untuk turun sedikit demi membantu Rezal ketika bertahan. Ini antara pilihan yang boleh dibuat. Tapi macam biaso la. Se sembang buleh la, kot buek toghuih kalah kang payah gak an?
Irwan a.k.a Botak dan Fauzi juga tidak langsung melakukan overlap. Mungkin risau dengan kelajuan counter attack UiTM FC. Cuma Fazliata a.k.a Ustadz yang sedikit berani melakukan serangan apabila masuk menggantikan Radzuan pada babak kedua. Ustadz juga kelihatan selesa bermain di pertahanan kiri sementara Botak bergandingan dengan Alexandre di pertahanan tengah.
Kesimpulan :
A win is a win. Regardless of the performance. Nismilan kini menanti lawan untuk pusingan ketiga Piala Fa sama ada Pulau Pinang atau Perlis yang akan bertemu esok.
Keseluruhan mutu permainan Nismilan malam tadi hanya average. Masih banyak yang boleh diperbaiki. Jangan dilupakan dengan kecederaan yang melanda para pemain kita.
Tahniah jang sobab monang! Tadi donga Coach Devan koba target quarter final yo. OK dah tu. Naik Liga Super ni yang kono utamo an!
P/S : Sompek burak jap dongan Siva lopeh game tadi. Laie sominggu ok dah injury deh. Small tear at the groin. Handa bunyi injury deh! Semogo semuo pomain yang injured lokeh sombuh, lokeh fit supayo lobih sonang nak naik Liga Super!
Sekian.
MUSUHNYA HABIS BINASA!







No comments:
Post a Comment