First Half :
Nismilan bermula garang. Untuk 20 minit pertama, Nismilan berjaya menguasai possession. Short passes yang tepat dan pantas membuatkan pemain Uitm seakan-akan mengejar bayang mereka sendiri. Kebijaksanaan Rezal dan Hazery mengawal tempo permainan sememangnya terserlah.
Pemain muda ini tersenarai dalam kesebelasan utama kerana Siva dilanda kecederaan. Beliau kelihatan selesa dan tenang mengawal bola di bahagian tengah. Bijak memilih hantaran kepada rakan dan jika tiada ruang untuk membuat hantaran, berupaya untuk hold bola lebih lama untuk menunggu ruang membuat hantaran. Tidak banyak cacat cela persembahan beliau dalam separuh masa pertama. Diapit oleh Rezal dan Bruno, Hazery mempunyai ruang yang lebih di bahagian midfield untuk bergerak kerana tidak dikawal pemain lawan.
Statistik hantaran Hazery pada separuh masa pertama :
Completed
/ Attempted
|
Success Rate
|
|
Short
passes
|
20 / 23
|
87 %
|
Long
Passes
|
2/4
|
50 %
|
Francis, Bruno dongan Kim yang solalu se poghati buek bondo ni. Buleh pass kek member, nak jugak dio gelecek laie. Buleh pass sonang, nak jugak pass payah. Gameplay tu ado dah. Chemistry tu plak yang takdo.
Pertahanan Nismilan yang "berpengalaman" berjaya mengekang counter attack Uitm dengan jayanya untuk separuh masa pertama. Uitm yang rata-ratanya pemain "muda" mempertaruhkan kelajuan dan agility mereka untuk membolosi pertahanan Nismilan menemui jalan buntu kerana pertahanan Nismilan bijak menutup ruang. Counter attack Uitm kerap gagal kerana Fauzi dan Irwan berjaya memaksa winger mereka ke bahagian tepi padang untuk memperlahankan serangan mereka. Hal ini membenarkan Rezal, Hazery, Pua dan Kim masa untuk turut bertahan.
Second Half :
Separuh masa kedua milik Uitm. Nismilan masih lagi mampu mendominasi pengawalan bola namun hanya sekadar itu. Rezal dan Hazery diasak dengan lebih hebat. UiTM tidak memberi ruang dan masa untuk kedua-dua pemain ini merencanakan permainan Nismilan. Hasilnya, Nismilan kerap kehilangan bola di bahgian midfield.
Sekiranya jentera serangan Uitm lebih tajam dan berpengalaman, mereka mungkin berjaya menjaringkan 2 atau 3 gol dalam separuh masa kedua. Kejayaan memperoleh clean sheet adalah kerana Helmi dan barisan pertahanannya berjaya untuk clean up the mess that was created by the midfields.
Tidak banyak yang boleh dibincangkan tentang persembahan separuh masa kedua.
Insiden Rezal dan Paklong menimbulkan sedikit kekesalan kepada se. Entah mengapa Rezal tidak dilayangkan kad merah. Paklong pula wajar menerima kad kuning. Sebagai pemain senior dan berpengalaman, tindak balas mereka kepada terjahan pemain lawan amat mendukacitakan.
Kalau kito nengok EPL/La Liga/Serie A/Ligue 1/Bundesliga/Eredivisie kek TV la, kompom-kompom red card dah Rezal.
Sekiranya pengadil lebih berani untuk bertindak dengan lebih tegas, keadaan pasti lebih terkawal.
Kesimpulan :
6 mata dari dua perlawanan. Gah di atas kertas, tetapi biasa di atas padang. Percayalah, jika persembahan sebegini yang akan disajikan ketika menentang pencabar lain untuk ke Liga Super, pasti Nismilan tersungkur.
Namun, masih ada masa untuk Coach Devan memperbaiki mutu persembahan. Harapan ke Liga Super masih ada dan perjuangan harus diteruskan.
P/S: Izuddin tu kok main dari awal mungkin sodap sket gak eh. Dah lopeh 60-65 minit baru masuk an Kim. Macam kek Hang Jebat maghin.
Sekian.
MUSUHNYA HABIS BINASA!


No comments:
Post a Comment