Saturday, February 28, 2015

Nismilan 2-0 Uitm (FA Cup 2nd Round)

Sekali lagi Nismilan berjaya menewaskan UiTM FC dengan jumlah jaringan yang sama di STAR of Paroi. Apakah ini perlawanan ulangan tempoh hari? Maaf, tak lawak pulak. Maso bolum taip tadi se ghaso macam lawak. Hmm. Lain kali se cubo lawak yang laie berkualiti.


First Half :

Seperti perlawanan Nismilan sebelumnya, separuh masa pertama dimulakan dengan perlahan dan berhati-hati. Untuk 20 minit pertama, tiada percubaan bahaya ke arah kedua-dua gawang. Hal ini menyebabkan  se sompek monjoling kek awek grand stand yang tak bokolip pandang pomain midfield Nismilan. Pominat setio gak eh.

Hazery tiada dalam kesebelasan utama Nismilan dan digantikan dengan Paklong. Nismilan dilihat cuba untuk melancarkan serangan melalui hantaran-hantaran pendek dari bahagian tengah. Namun tidak begitu efektif dan mudah dipatahkan pertahanan UiTM FC. 

Yang se nampak la tadi, maso bola kek midfield, short passes ni jadi sobab pomain Nismilan berjayo buek small triangles yang banyak. Bilo dah buek triangle-triangle ni, sonang nak pass. Option dah ado. Pomain lawan pun kompom tak sompek nak intercept atau tackle bola. Sampai se inat an Barcelona la yang main tadi. Masalah deh maso masuk kek final third UiTM FC. Langsung hilang triangle deh! Tinggal titik yo kek dopan. Francis sorang. Tak tahu la pomain tak sompek support ko, takut ghamai bona yang attack nanti kono counter attack ko. Kot-kot memang ngaghapkan Francis yo yang gol ko. Tak tahu. Se boto-boto tak tahu!


Nismilan berjaya menjaringkan gol pada minit ke 21 menerusi tandukan Francis. Siapo la laie yang kito nak harap an. Gol terhasil menerusi sepakan percuma Rezal yang berjaya ditanduk Francis di far post. Looping header daripada Francis berjaya menewaskan penjaga gol UiTM FC, Azam Jais.

Aiman (N0. 17), Ketua Pasukan UiTM FC
Pemain UiTM FC yang berjaya menarik perhatian se tadi ialah Aiman Syazwan. Kapten pasukan dan lead the team by example. Tenang ketika mengawal bola. Membuat hantaran yang tepat dan betul. Not trying too hard to help his team offensively. 

Nismilan menghadapi masalah apabila cuba bertahan daripada sepakan penjuru UiTM FC. Beberapa kali pasukan UiTM FC memperoleh free header namun gagal diarahkan ke arah gol. Helmi kerap keluar untuk menumbuk bola tetapi acapkali tumbukannya tidak tepat. Nismilan bernasib baik kerana jentera serangan UiTM FC tidak begitu tajam untuk menyudahkan peluang-peluang yang diperolehi daripada sepakan penjuru ini.


Second Half :

Nismilan bermula garang. Juga seperti perlawan-perlawanan lepas. Francis berjaya mencipta peluang untuk Bruno namun rembatan Bruno hanya menggegar tepi jaring. 

Gol kedua Nismilan juga dijaringkan oleh Francis pada minit ke 81. Kali ini beliau membuat percubaan terus. He managed to get the ball over the wall and dipped it right after it passed the wall and left the goal keeper rooted to his spot. Se tak ghoti nak translate ayat tu jadi ayat melayu. Ni ayat copy paste. Hahaha!



Paklong bermain dengan cemerlang. Cukup cemerlang. Entah berapa kali beliau mematahkan serangan UiTM FC dengan berjaya melakukan tackle bersih. Entah berapa kali juga beliau membuat hantaran tepat kepada Francis untuk melancarkan serangan. A textbook ball winning midfielder performance!

Analisis :


Ini pandangan se yo. Kapten kito tidak banyak mempengaruhi perlawanan. Baik dari segi menyerang mahupun bertahan. Selain daripado assist beliau untuk gol pertamo Francis, se tak dapek nak ingat bondo lain. Simple passes ko kiri, kanan, dan bolakang. Itu yo.

Mungkin ramai yang akan cakap :

"Macam baguih komen pemain begitu dan begini. Apo tak kau yo yang main kek padang tu?!"

Tak buleh la macam tu. Dah kojo dio main bola. Kojo se edit video. Masing-masing kono comorlang la buek kojo masing-masing. Kot nak se main bola, kono putar balik maso la. Kot buleh, dari dalam rahim laie se praktis timbang bola. 


Radzuan (No. 6)
Dikeluarkan pada separuh masa kedua kerana kecederaan. Bukan persembahan terbaik beliau. Membuat 2 atau 3 kesilapan yang boleh mengundang padah kepada pasukan sendiri. Se yakin beliau mampu memperkemaskan lagi permainan dan decision making beliau. 

Thanabalan (No. 33)
Thanabalan. Dibawa masuk daripada skuad presiden. Memulakan perlawanan dengan sedikit gugup. Tetapi persembahan yang lebih baik ditonjolkan pada separuh masa kedua. Tidak terlalu menyerlah malam tadi tetapi tidak banyak melakukan kesilapan. A decent debut. Jika diberi peluang untuk beraksi dalam lebih banyak perlawanan lagi, tidak mustahil beliau boleh menjadi pemain sayap yang berkualiti.

Keseluruhannya, Nismilan tidak mempunyai masalah untuk memasuki final third pasukan lawan. Masalahnya timbul selepas Nismilan berjaya berada di posisi tersebut. Amat jarang untuk kita lihat sesuatu yang positif dalam final third lawan. 

Francis akan menahan asakan daripada 2 atau 3 pemain lawan. Bruno akan memberi support. Begitu juga dengan pemain sayap. Itu sahaja. Jika Thana atau Pua membuat cross ke dalam kotak penalti, hanya Francis dan Bruno sahaja yang berada di situ. Nismilan are not putting enough players in the penalty box to even have a chance of scoring.

Bandingkan barisan pemain UiTM FC dan Nismilan malam tadi. Bagai langit dan bumi. Seharusnya lebih banyak percubaan yang berjaya dibuat untuk menguji Azam Jais. Namun, percubaan yang dihasilkan boleh dibilang dengan jari.

Formasi yang lebih positif juga boleh digunakan dalam perlawanan tadi. Nismilan bukan menentang pencabar seperti Kedah, Sabah, dan Pulau Pinang. Nismilan mungkin mampu meletakkan Paklong bersebelahan dengan Bruno untuk menambah bisa jentera serangan. Thana dan Pua diarahkan untuk turun sedikit demi membantu Rezal ketika bertahan. Ini antara pilihan yang boleh dibuat. Tapi macam biaso la. Se sembang buleh la, kot buek toghuih kalah kang payah gak an?

Irwan a.k.a Botak dan Fauzi juga tidak langsung melakukan overlap. Mungkin risau dengan kelajuan counter attack UiTM FC. Cuma Fazliata a.k.a Ustadz yang sedikit berani melakukan serangan apabila masuk menggantikan Radzuan pada babak kedua. Ustadz juga kelihatan selesa bermain di pertahanan kiri sementara Botak bergandingan dengan Alexandre di pertahanan tengah.

Kesimpulan :

A win is a win. Regardless of the performance. Nismilan kini menanti lawan untuk pusingan ketiga Piala Fa sama ada Pulau Pinang atau Perlis yang akan bertemu esok.

Keseluruhan mutu permainan Nismilan malam tadi hanya average. Masih banyak yang boleh diperbaiki. Jangan dilupakan dengan kecederaan yang melanda para pemain kita. 

Tahniah jang sobab monang! Tadi donga Coach Devan koba target quarter final yo. OK dah tu. Naik Liga Super ni yang kono utamo an!


P/S : Sompek burak jap dongan Siva lopeh game tadi. Laie sominggu ok dah injury deh. Small tear at the groin. Handa bunyi injury deh! Semogo semuo pomain yang injured lokeh sombuh, lokeh fit supayo lobih sonang nak naik Liga Super!


Sekian.

MUSUHNYA HABIS BINASA!



Thursday, February 26, 2015

MENGEJAR JUARA!!!

Pusingan Pertama Piala FA 2015

Tirai aksi Piala FA 2015 dibuka. Satu-satunya aksi berprestij yang disertai skuad The Niners tahun ini, aksi yang menjamin tempat ke kejohanan AFC bagi pasukan yang bergelar juara.

Dalam diam PBNS menyasarkan Juara Piala FA menjadi idaman pada musim ini. Sasaran yang tidak dihebahkan kepada peminat kerana khuatir 'hutang' PBNS pada 2011 yang menjanjikan 3 piala dirangkul semusim diungkit kembali Sekalian Yang Setia. Jika dihitung sehingga musim ini bukan sahaja tiga piala gagal dijuarai semusim malah sudah memasuki musim ke 5, hanya satu piala sahaja iaitu Piala Sumbangsih 2011 yang menghiasi almari PBNS.

Dilihat di atas kertas, nama-nama besar dibawa masuk, pelaburan tertinggi dibelanjakan memberikan harapan bahawa sasaran yang diimpikan bukanlah harapan palsu. Namun jika diperhati aksi tiga perlawanan awal dan beberapa perlawanan pra musim, nyata Sekalian Yang Setia dibuai mimpi sekali lagi.

Aksi yang dipertonton barisan bintang sebelum ini melayakkan mereka sekadar bersaing di liga bawahan, belum mampu untuk mencabar pasukan pasukan elit di Liga Super. Walaupun kedudukan di tempat kedua liga dan rekod tanpa kalah tetapi bagi peminat yang bijak mereka menilai melalui kualiti prestasi bukan pada keputusan dan kedudukan.

Laluan cukup berliku bagi The Niners untuk mara jauh dalam undian kali ini. UiTM FC mungkin boleh diatasi tetapi lawan selepas itu yang menanti mungkin Pulau Pinang, JDT dan Kelantan bagi menempah tempat ke final.

Jangan dipandang mudah pada UITM FC. Pasukan ini walaupun ditewaskan di Paroi dalam aksi liga tempohari, namun aksi mereka meyakinkan. Permainan tersusun yang dicorakkan pasti boleh mendatangkan kejutan pada Nismilan.

The Niners masih belum dapat menurunkan barisan terkuat, perkara yang membelenggu K. Devan adalah kecederaan yang menimpa ramai pemain skuad Rusa. Tidak salah sekiranya pemain pemain skuad Piala Presiden dibawa masuk bagi memberi nafas baru dan ruang pilihan bagi jurulatih mempelbagai taktikal yang kelihatan membosankan sebelum ini.

Apapun Sekalian Yang Setia tetap berdiri teguh mendoakan yang terbaik buat pasukan kesayangan. Sokongan padu di Paroi akan terus dilaungkan. Ayuh kita beramai ramai meng'kuning'kan Paroi. Sorakan keramat MUSUHNYA HABIS BINASA akan kembali menggerunkan setiap lawan yang hadir. Hanya kemenangan yang dicari.

INI DARAH WAGHIEH!!

Thursday, February 19, 2015

BINGKAS BANGUN

Stadium MBPJ Kelana Jaya menjadi pentas seterusnya untuk ditakluk oleh The Niners. Lawan yang bakal ditemui sekali lagi bukanlah lawan sebenar iaitu KL SPA Putrajaya FC.

Sasaran skuad Hobin Jang Hobin bagi menggapai 9 mata maksimum bagi saingan liga di bulan Februari seakan mudah dicapai. KL SPA penghuni tercorot liga ketika ini telah melepaskan 10 gol tanpa sebarang mata dalam dua perlawanan sebelum ini. Berbeza dengan pencapaian Nismilan setakat ini. Tiada sebab bagi Nismilan kehilangan 3 mata pada aksi ini.

Yang membimbangkan adalah prestasi. Ternyata permainan yang ditunjukkan oleh Nismilan sebelum ini langsung tidak memikat Sekalian Yang Setia walaupun memenangi dua perlawanan berturut. K. Devan mungkin punya alasan keterhadan dalam memilih barisan terbaik akibat pasukan dilanda kecederaan demi kecederaan.

Terbaru kita kehilangan aksi Kim Jim Ryong namun kita mendapat semula sentuhan Sivanesan. Fauzi Shaari dan Shahrizal Saad juga bersedia untuk dipertaruh sebagai kesebelasan utama.

K. Devan seharusnya mempelbagai variasi taktikal dalam serangan. Sandaran hanya tertumpu pada Francis Forkey Doe perlu dielakkan. Jika ketiadaan Forkey Doe pasti mengundang masalah besar pada The Niners.

Nismilan juga ketandusan pemain sayap mengancam yang sentiasa membuat larian bahaya ke kubu lawan. Puaneswaran langsung tidak membantu, Izzudin layak menjadi pilihan pertama.

Apapun Sekalian Yang Setia terus mendoakan kejayaan buat pasukan Nismilan dan mengharapkan mereka menemui rentak sebenar dengan mempamer aksi yang setimpal dengan pelaburan besar yang dibelanjakan.

KL SPA perlu diratah, pemain lain juga dituntut mencetak nama sebagai penjaring, tiga mata bergaya harus dibawa pulang.

MUSUHNYA HABIS BINASA
INI DARAH WAGHIEH!

Monday, February 16, 2015

Nismilan 2-0 UiTM FC (Matchday #2 Liga Perdana)

Kemenangan kedua diperoleh Nismilan setelah menewaskan UiTM di STAR. Namun, keputusan penuh ini tidak memberi gambaran sebenar perlawanan.

First Half :

Nismilan bermula garang. Untuk 20 minit pertama, Nismilan berjaya menguasai possession. Short passes yang tepat dan pantas membuatkan pemain Uitm seakan-akan mengejar bayang mereka sendiri. Kebijaksanaan Rezal dan Hazery mengawal tempo permainan sememangnya terserlah. 



Pemain muda ini tersenarai dalam kesebelasan utama kerana Siva dilanda kecederaan. Beliau kelihatan selesa dan tenang mengawal bola di bahagian tengah. Bijak memilih hantaran kepada rakan dan jika tiada ruang untuk membuat hantaran, berupaya untuk hold bola lebih lama untuk menunggu ruang membuat hantaran. Tidak banyak cacat cela persembahan beliau dalam separuh masa pertama. Diapit oleh Rezal dan Bruno, Hazery mempunyai ruang yang lebih di bahagian midfield untuk bergerak kerana tidak dikawal pemain lawan. 

Statistik hantaran Hazery pada separuh masa pertama :


Completed / Attempted
Success Rate
Short passes
20 / 23
87 %
Long Passes
2/4
50 %

Untuk separuh masa pertama, Hazery memperoleh peratusan tertinggi dalam membuat hantaran. Lebih tinggi daripada Rezal. Cuma di penghujung separuh masa pertama ini, beliau dikawal lebih ketat dan beberapa kali kehilangan bola. 

Setelah Francis berjaya memecah kebuntuan, Nismilan dilihat masih lagi mengawal possession namun gagal menterjemahkan possession kepada peluang jaringan. 

I think it was because of the quartet up front was trying too much to perform. I think that is the case.

Hampir 10 kali Nismilan mampu mencipta peluang menjaringkan gol, namun disebabkan decision making yang kurang tepat menyebabkan segala possession yang diperoleh hanya sia-sia. 

Francis, Bruno dongan Kim yang solalu se poghati buek bondo ni. Buleh pass kek member, nak jugak dio gelecek laie. Buleh pass sonang, nak jugak pass payah. Gameplay tu ado dah. Chemistry tu plak yang takdo.

Pertahanan Nismilan yang "berpengalaman" berjaya mengekang counter attack Uitm dengan jayanya untuk separuh masa pertama. Uitm yang rata-ratanya pemain "muda" mempertaruhkan kelajuan dan agility mereka untuk membolosi pertahanan Nismilan menemui jalan buntu kerana pertahanan Nismilan bijak menutup ruang. Counter attack Uitm kerap gagal kerana Fauzi dan Irwan berjaya memaksa winger mereka ke bahagian tepi padang untuk memperlahankan serangan mereka. Hal ini membenarkan Rezal, Hazery, Pua dan Kim masa untuk turut bertahan.

Second Half :

Separuh masa kedua milik Uitm. Nismilan masih lagi mampu mendominasi pengawalan bola namun hanya sekadar itu. Rezal dan Hazery diasak dengan lebih hebat. UiTM tidak memberi ruang dan masa untuk kedua-dua pemain ini merencanakan permainan Nismilan. Hasilnya, Nismilan kerap kehilangan bola di bahgian midfield.

Sekiranya jentera serangan Uitm lebih tajam dan berpengalaman, mereka mungkin berjaya menjaringkan 2 atau 3 gol dalam separuh masa kedua. Kejayaan memperoleh clean sheet adalah kerana Helmi dan barisan pertahanannya berjaya untuk clean up the mess that was created by the midfields.

Tidak banyak yang boleh dibincangkan tentang persembahan separuh masa kedua. 

Insiden Rezal dan Paklong menimbulkan sedikit kekesalan kepada se. Entah mengapa Rezal tidak dilayangkan kad merah. Paklong pula wajar menerima kad kuning. Sebagai pemain senior dan berpengalaman, tindak balas mereka kepada terjahan pemain lawan amat mendukacitakan.

Kalau kito nengok EPL/La Liga/Serie A/Ligue 1/Bundesliga/Eredivisie kek TV la, kompom-kompom red card dah Rezal. 

Sekiranya pengadil lebih berani untuk bertindak dengan lebih tegas, keadaan pasti lebih terkawal.

Kesimpulan :

6 mata dari dua perlawanan. Gah di atas kertas, tetapi biasa di atas padang. Percayalah, jika persembahan sebegini yang akan disajikan ketika menentang pencabar lain untuk ke Liga Super, pasti Nismilan tersungkur. 

Namun, masih ada masa untuk Coach Devan memperbaiki mutu persembahan. Harapan ke Liga Super masih ada dan perjuangan harus diteruskan.


P/S: Izuddin tu kok main dari awal mungkin sodap sket gak eh. Dah lopeh 60-65 minit baru masuk an Kim. Macam kek Hang Jebat maghin.


Sekian.

MUSUHNYA HABIS BINASA!

SEMINGGU BOLA (16 Februari 2015)


Minggu penuh duka bagi bolasepak Malaya. Rentetan peristiwa suram memenuhi kalendar minggu ini.

Brendan Gan mendapat perkhabaran buruk apabila pakar perubatan mengesahkan beliau harus melupakan aksi liga musim ini setelah ditimpa kecederaan teruk di lutut. Baru sahaja dibawa masuk beberapa minit sebagai pemain gantian beliau mengalami nasib malang tersebut seterusnya dibawa keluar.

Stadium Merdeka gelanggang bersejarah kini perlu dilupakan sebagai gelanggang saingan Liga Perdana. Selepas dikritik teruk akibat mutu padang yang mengecewakan, FAM bertindak mengarahkan Kuala Lumpur untuk memilih stadium lain sebagai gelanggang tuan rumah. Stadium MBPJ dan beberapa stadium lain juga turut mendapat kritikan sama, namun FAM belum mengenakan sebarang tindakan.

Sekali lagi mutu dan kualiti padang di liga profesional menjadi bualan. FAM sewajibnya mengambil serius perkara ini ke arah mencapai standard tinggi dalam penganjuran liga kebangsaan.


Negara dikejutkan dengan pemergian Tokoh Suara Sukan Negara Dato Hasbullah Awang yang telah kembali dipanggil Ilahi. Pengulas sukan tersohor negara itu pasti dirindui suaranya yang sentiasa menemani kita di kaca televisyen. Ulasan Almarhum amat dekat di hati para peminat sukan negara. Semoga kesejahteraan dilimpahkan ke atas Almarhum.

Pentas Liga M sekali lagi dicacatkan oleh penyokong tidak bertamadun. Stadium Darul Makmur diganggu dengan nyalaan suar oleh peminat nakal yang masih tidak faham atau sengaja mengingkari larangan yang telah ditetapkan. Di saat penyokong melaung-laungkan dan menuntut keprofesionalisme yang tinggi dari pemain dan badan induk FAM, mereka ini pula yang bertindak sebaliknya. Penyokong juga perlu profesional dalam memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing.

Kelantan dan JDT2 kini mengambil giliran mendahului Liga Super dan Liga Perdana apabila masing-masing meraih kemenangan kedua.Perak dan Negeri Sembilan turut mengumpul mata maksimum namun mereka dibezakan dengan jaringan.

Begitulah rentak dan warna seminggu bola Malaya minggu ini.

Saturday, February 14, 2015

Menang tapi hambar

Tiga mata lagi berjaya dipungut skuad The Niners di gelanggang keramat mereka malam tadi.

Turun dengan semangat baru di hadapan hampir 5000 Sekalian Yang Setia mereka memulakan aksi dengan bergemanya lagu kebesaran Negeri Sembilan yang nyata mendatangkan aura ke seluruh pelusuk stadium.

Dua pertukaran dilakukan K. Devan bagi kesebelasan utama apabila meletakkan Kim Jim Ryong dan Ahmad Hazeri menggantikan Izzudin dan Sivanesan. Mereka bermula garang pada awal permainan namun seperti ketumpulan idea dalam mencorak serangan. Hanya hantaran jauh menuju kepada Forkey Doe menjadi santapan yang mudah ditangani benteng UiTM FC. 

UiTM FC tidak mengecewakan dengan permainan tersusun mereka dan tiada rasa gentar buat mereka beraksi menentang pasukan bintang di gelanggang lawan.

Bruno Marteloto merubah perlawanan apabila menukar serangan dari kanan membuat hantaran yang berjaya disudahkan Forkey Doe pada minit ke-38. Nismilan mendahului 1-0 pada separuh pertama yang hambar.

Separuh masa kedua sekali lagi permainan Nismilan seperti hilang punca. Acapkali pemain kehilangan bola dengan mudah dan hanya membiarkan Bruno dan Forkey Doe sahaja yang cuba memecah benteng lawan. Kehadiran Puaneswaran dan Kim seperti tidak dirasakan apabila mereka tidak banyak membantu mencipta gerakan. Hasil keadaan kelam kabut pada minit ke-80 sekali lagi Forkey Doe membuktikan ketajaman dengan gol kedua peribadi.

Kemenangan berjaya dicipta namun apa yang merisaukan adalah persembahan pasukan The Niners yang masih belum mencapai tahap yang diharapkan. Pengurus pasukan Negeri Sembilan, Dato Ghani Hassan dilaporkan berang dengan persembahan yang ditunjukkan keseluruhan pemain sehinggakan melarang jurulatih dan para pemain dari memberikan kenyataan media.

" Negeri Sembilan harus menunjukkan mutu permainan sebenar setimpal dengan pelaburan besar yang dibelanjakan musim ini pada perlawanan mendatang " ujar seorang penyokong ketika ditemui.

Tiga mata yang dihasilkan juga perlu dibayar dengan harga yang mahal apabila Kim didapati mengalami kecederaan yang serius di bahagian lutut. Turut mendapat kecederaan adalah Rezal Zambery dan Fauzi Shaari. K.Devan harus bijak menangani masalah kecederaan pemain bagi mempersiapkan pasukan untuk perlawanan akan datang.

Friday, February 13, 2015

PAROI KEMBALI

Paroi membuka gelanggang. Pentas pertama musim ini di laman sendiri buat Sekalian Yang Setia pasti dinanti nanti. Setelah 3 mata dipungut di gelanggang lawan sebelum ini pastinya momentum kemenangan ditagih dengan lebih gemilang.

Harapan Sekalian Yang Setia mahu menjadikan STAR of Paroi menjadi gelanggang keramat pentas yang menghadirkan igauan buat semua lawan yang bertandang.

Setelah sekian lama Paroi gagal menghasilkan rekod tanpa kalah semusim, inilah masanya. Cabaran dilontar buat pasukan Negeri Sembilan, pastikan Paroi tidak ditewaskan untuk semua saingan sepanjang musim.

UITM FC mangsa pertama yang bertandang. Dilihat di atas kertas, tiada yang meragukan untuk The Niners mengutip tiga mata. Namun jangan sesekali memandang mudah seperti minggu lalu apabila sikap bersahaja dan sambil lewa di awal perlawanan, DRB Hicom menghadirkan kejutan dengan gol pendahuluan.

Tidak banyak yang diketahui mengenai pasukan UITM FC, namun pastinya saingan akan diberi lawan. Pasukan yang dipimpin oleh Azuan Zain pastinya sudah bersedia untuk memadam luka apabila tewas di tempat sendiri ketika bertemu JDT2 minggu lalu.

Harus diingat pasukan ini adalah pasukan asas kepada skuad negara yang bertanding di Sukan Universiti Dunia baru-baru ini. Malah mereka juga mempersiapkan diri dengan mengadakan perlawanan persahabatan di Indonesia. Satu persiapan yang baik membayangkan pasukan ini bakal memberi tentangan bermakna.

Kem The Niners yang dilanda kecederaan dijangka melakukan sedikit perubahan dalam kesebelasan utama. Kim Jim Ryong dan Hazery Hamid mungkin memulakan aksi sebagai pemain utama. Sekali lagi kita mengharapkan K.Devan terus mempertaruh pemain muda seperti Radzuan, Hazery dan Izzudin untuk menyinar pada perlawanan hari ini.

Kemenangan bergaya dengan permainan yang menarik harus dipertontonkan di Paroi bagi mengembalikan seluruh peminat memenuhi segenap ruang STAR Paroi. Sekalian Yang Setia dahagakan kemenangan dahagakan kejuaraan.Ayuh para pemain mulakanlah langkah gemilang.

Sokongan padu dari peminat Hobin Jang Hobin pasti bergema hari ini namun sedikit saranan agar seluruh peminat tidak terlalu bergembira kerana kita kehilangan dua tokoh besar serentak semalam. Penuhi stadium dengan sokongan padu yang terkawal kerana negara di dalam kesedihan. Dokan kesejahteraan buat mereka.

INI DARAH WAGHIEH!

Monday, February 9, 2015

[Iklan] Bukit Chedang Youth U18 Futsal Challenge


SEMINGGU BOLA (09 Februari 2015)

Sepakmula Liga M telah mengambil tempat. Kehangatan bolasepak tempatan dirasai sepelusuk Malaya. Ratusan juta telah dilaburkan semua pasukan. Peminat mengharapkan kebangkitan sebenar bolasepak Malaya.

Detik menarik minggu ini dimulakan dengan kecemerlangan JDT mengungguli Piala Sumbangsih seterusnya mencipta sejarah Malaya dengan melayakkan diri ke pusingan kedua Kelayakan Liga Juara-juara Asia.

Aksi minggu pertama Liga Super dan Perdana dihiasi dengan penguasaan pemain-pemain import dalam menghasilkan jaringan buat pasukan masing-masing. Rata-rata pasukan mengambil peluang menurunkan 4 pemain import serentak yang mengundang seribu kerisauan kepada bakat tempatan. Apakah Dollah Salleh dan Ong Kim Swee tidak resah akan situasi ini? Kita lihat impaknya pada minggu-minggu mendatang.

Stadium Merdeka gelanggang bersejarah Malaya dibuka semula untuk kancah Liga Perdana namun ianya dicemuh bintang dunia El Hadji Diouf yang mempersoalkan mutu padang berkualiti rendah. Saban tahun FAM sibuk dengan aksi lampu limpah, saban tahun juga mereka terlupa bahawa kualiti padang di dalam pelaksanaan liga yang profesional adalah lebih penting. Banyak lagi venue yang turut tidak menepati aspek kualiti dan standard yang diperlukan. Memalukan, itu sahaja rumusannya buat FAM.

Sungguh terkesan bilamana pada musim ini Astro tidak menayangkan siaran langsung untuk liga tempatan. Seluruh Malaya mengeluh dengan mutu hidangan mata yang dipertontonkan oleh RTM dan Media Prima yang seolah olah membawa kembali peminat menonton perlawanan-perlawanan klasik.

Lions XII dan Kedah pasukan pertama merajai takhta liga. Tahniah buat kedua pasukan yang tidak menunggu lama bagi mendapat rentak. Lima gol disumbatkan oleh pemain mereka pada perlawanan pertama.

Sedikit dari luar negara, Atletico Madrid menunjukkan teladan bahawa pasukan yang tidak berbelanja besar tidak mustahil untuk berjaya asalkan mereka punya komitmen padu untuk mencipta kejayaan. Tiada pasukan sekaya mana pun tidak boleh dibelasah. HAHA Madrid diucapkan sinis kepada laungan Hala Madrid.

Tahniah diucapkan kepada skuad bawah 22 negara yang menjuarai Piala Bangabandhu 2015 apabila menewaskan pasukan tuanrumah di perlawanan akhir. Satu kejayaan yang manis. Turut menceriakan sukan Malaya adalah skuad sepaktakraw yang mencipta sejarah menghapuskan badi menewaskan pasukan Thailand pada Siri Super Istaf 2 di Melaka.

Buat minggu ini, inilah rentak bola Malaya.

Saturday, February 7, 2015

DRB HICOM 1-3 Nismilan (Matchday #1 Liga Perdana)

First half :

Mungkin kerana bermain pada waktu petang dan juga ini merupakan perlawanan pertama, kedua-dua pasukan bermula dengan bersahaja. Cuba mengawal possession selama yang mungkin dan tidak ingin melakukan kesilapan. Namun daripada body language merekapemain Nismilan tampak seakan-akan sambil lewa sehingga dikejutkan dengan jaringan Mohd. Fakhrul pada minit ke-14 menerusi counter attack. 

Nismilan memperkemas rentak permainan dengan mengamalkan short pass untuk menyerang. Ini diselang-selikan dengan long through ball yang cuba membenarkan Francis untuk memperoleh situasi 1 lawan 1 dengan pertahanan DRB iaitu Godwin Antwi. Namun taktikal ini kerap dipatahkan oleh perangkap offside DRB.



Setelah Nismilan berjaya menyamakan kedudukan, Izzudin mula menampakkan potensi dan kebolehannya. Beliau berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan lawan dengan larian solo di bahagian sayap dan juga penetrating run to the heart of DRB's defence enough to make them a bit disorriented.

Fizikalnya yang kecil membenarkan beliau mempunyai pusat graviti yang rendah dan membolehkan beliau menggelecek 2 atau 3 pemain DRB dengan mudah. Tidak mustahil jika beliau terus diberikan tempat dalam kesebelasan utama, bakat ini mampu digilap untuk membolehkan beliau menjadi pemain sayap paling berharga untuk negara.



Second half :

Nismilan mula meningkatkan tempo perlawanan. Short passes yang semakin laju,overlapping from full backs, the wingers willingness to run in order to support the attack menyumbangkan 2 gol lagi untuk skuad Nismilan.

Kredit : Irwan Fadzli Idrus Fan Club 21

Irwan antara penyumbang besar untuk gol kedua Nismilan. Sebelum mengawal hantaran jauh Sivanesan, beliau telah membuat larian hampir 70 meter untuk membuat hantaran ke tengah mencari Francis yang dengan mudah menampan bola masuk dari jarak 7 meter.

Sumbangan beliau tidak berakhir di situ. Tugas bertahan tidak pernah ditinggalkan dan berjaya meneutralkan sayap kanan DRB sekaligus merencatkan serangan pasukan lawan.

Seorang lagi pemain muda dimasukkan untuk menggantikan Sivanesan. Walaupun kelihatan sedikit gugup pada mulanya, beliau beransur tenang apabila berjaya menyesuaikan diri dengan tempo perlawanan. Seorang lagi pemain muda yang mungkin boleh meneraju jentera tengah Nismilan pada masa akan datang.

Bijak mengawal bola dan membuat hantaran pendek dan tepat kepada rakan sepasukan untuk merangka serangan. Dengan memberi lebih masa perlawanan kepada beliau, bakat yang ada pasti mempercepatkan lagi peningkatan beliau.

Tactical Discussion :

Seperti yang telah dibincangkan dalam post sebelum ini, tektikal Nismilan akan sedikit berubah sekiranya Kim dan KM kembali cergas. Kemasukan Kim pada separuh masa kedua meringankan sedikit beban Francis dan Bruno untuk melancarkan serangan. Kim boleh bertindak sebagai target man and  a creator just like Francis and Bruno. 

Pada ketika ini, Nismilan menyerang dengan formasi 4-3-3. Ini memberikan lebih tekanan kepada pertahanan lawan kerana terpaksa menyekat 3 pemain yang mampu menjelmakan peluang jaringan. Perubahan formasi yang amat positif untuk mengejar perlawanan ataupun to kill the game.

Set piece. Another beautiful part of the game. It is definitely an art. Deceiving the opposition to think that you are about to execute a play but came up with a different play at the end. Hopefully Coach Devan have more of these up his sleeves. Set piece could be the difference to change a lost to a draw, or from a draw to a win.

Kesimpulan :

Puas hati. Walaupun terdapat beberapa aspek lagi yang boleh dipertingkat, namun penonton tetap berpuas hati dengan persembahan tadi. Kecergasan pemain, persefahaman, dan decision making dalam perlawanan antara aspek yang patut diberi perhatian.

Syabas dan tahniah untuk 3 mata ini. Diharap pasukan dapat mengekalkan momentum dan persembahan ini untuk sepanjang musim demi melaksanakan misi melangkah semula ke Liga Super musim hadapan.

Sekian.

MUSUHNYA HABIS BINASA!
SYS.

Friday, February 6, 2015

Kemenangan pertama!

Misi Liga Super 2016 bermula!


 "Sebagai anak jati, saya mahu lihat pasukan Negeri Sembilan kembali ke Liga Super musim depan." - K. Devan
Sekalian Yang Setia bertarung kembali. Musim baru yang menjanjikan cabaran lebih besar perlu diharungi. Persembahan buruk igauan lampau perlu dilupakan. Harapan palsu yang dipertaruhkan PBNS musim-musim lalu wajib ditunaikan kali ini. Tidak lain tidak bukan, mahu atau tidak mahu LIGA SUPER 2016 medan pertempuran yang dipertaruhkan.

Sejarah tercipta musim baru ini apabila PBNS dengan beraninya melaburkan perbelanjaan terbesar pernah dilakukan bagi membeli kejayaan untuk mengembalikan segera maruah Sekalian Yang Setia yang telah tercalar 4 tahun kebelakangan ini. Nama-nama besar menguasai separuh daripada skuad The Niners musim ini.

Hari ini bermula perjuangan. Stadium Hang Jebat, Melaka bakal menyaksikan pahlawan The Niners memperaga ketajaman menentang skuad yang boleh dianggap bukan pencabar sebenar DRB-Hicom. Dengan barisan yang ada Nismilan tidak boleh sekalipun tercicir walau satu mata. Jaringan yang besar juga perlu dimanfaatkan.

Kesebelasan utama Nismilan kemungkinan besar tidak dibarisi barisan utama akibat ramai tonggak yang ditimpa kecederaan. Namun tiada masalah bagi K. Devan kerana Nismilan mempunyai barisan simpanan yang boleh menggantikan pemain utama pada bila-bila masa. 


Helmi Eliza sudah pasti sebagai penjaga gawang. Jean Alexandre dijangka berganding bersama Azizi dan diapit oleh Irwan dan Fauzi di barisan benteng. Rezal sebagai ketua pasukan akan membentuk gandingan bersama Sivanesan dan arkitek utama Bruno di bahagian tengah manakala Dzaidin dan Puaneswaran bertindak sebagai pemain sayap. Forkey Doe sudah pasti sebagai peledak unggul ditagih mengekalkan rekod cemerlang sepanjang pra musim bagi memburu jaringan demi jaringan.

Tidak banyak yang diketahui mengenai barisan lawan yang dibimbing Marshall Soper. Barisan muda yang diketuai oleh Abdullah Yusof hanya dianggotai 3 pemain import. Ivan Babic yang pernah bersama skuad waghieh musim lepas sedikit kekuatan dan kelemahan Nismilan.


Kesilapan besar DRB-Hicom apabila tidak menyambung kontrak penjaring terbanyak mereka musim lalu Ogunbuye Izikiel pasti dirasai, namun mereka mendapat pengganti paling ampuh seperti Aminudin Shaharudin, bekas legenda skuad The Niners tika dulu. Beliau pasti saja menggerunkan dan membuatkan benteng Nismilan perlu fokus sepanjang 90 minit.

Ayuh Sekalian Yang Setia, kita mulakan perjuangan ini dengan semangat baru senjata baru. Misi Liga Super 2016 perlu digapai dengan apa saja cara kali ini. Doa dan sokongan padu waghieh semua dituntut. TIGO MATO wajib dibawa pulang.

INI DARAH WAGHIEH!!!