Monday, April 27, 2015

Nismilan 2-1 JDT II (Matchday #8 Liga Perdana)

First Half :

Ada sedikit kelainan mengenai persembahan Nismilan malam tadi. Kato kunci eh sedikit. Kelainan yang positif. Badak (Shahrizal Saad) dan Akmal berjaya meningkatkan tempo menyerang Nismilan. Jika sebelum ini serangan Nismilan terlalu one-dimensional dengan hanya mempertaruhkan hantaran jauh kepada Francis, malam tadi setidaknya Badak dan Akmal berjaya mengurangkan sedikit beban Francis.


Dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini, Nismilan berjaya menguasai possession namun gagal menterjemahkan possession kepada goal scoring opportunity. Situasi yang amat berbeza boleh dilihat dalam persembahan menentang pasukan Harimau Selatan malam tadi. Nismilan berjaya memberi tekanan kepada benteng pertahanan JDT II dan sentiasa melancarkan serangan bertali arus ke arah gawang lawan.

Kembali kepada Badak dan Akmal. Dua pemain yang berbeza pada pendapat sey. Akmal has a decent pace. The thing that made him shine was that his ability to dribble past his man and playing that one two passes with his fellow attacking mates. His work rate was phenomenal! 


Badak on the other hand was not as quick as Akmal. At least that was what he showed on the pitch. But he was able to hold possession long enough for support to arrived and linking the play with Fauzi, Rezal and Bruno to maintain the pressure on JDT II defense. His contribution was massive!


Gol sulung permainan dijaringkan oleh Forkey pada minit ke-42 menerusi sepakan percuma Rezal. Hantaran Rezal gagal dikeluarkan oleh pertahanan JDT II dan Francis berjaya membuat rembatan setelah keadaan kucar-kacir di hadapan gawang JDT II. I thought the referee missed a blatant foul by Francis right before the goal.

Senyum yang diukir penyokong Nismilan tidak kekal lama kerana selang 2 minit kemudian, JDT II berjaya menyamakan kedudukan menerusi tandukan Nicolas Delmonte hasil sepakan sudut. Positioning Helmi boleh dipersoalkan. Ghaso eh buleh yo dio nak save bola tu, tapi sobab dio dah ko dopan dulu, tu yang tak tojangkau gak eh.



Second Half :

Tidak banyak perbezaan dengan separuh masa pertama. Alexandre berjaya menjaringkan gol kemenangan Nismilan pada minit ke-61 sekali lagi menerusi sepakan percuma Rezal.


Dalam 15 minit terakhir perlawanan, Nismilan dilihat lebih banyak bertahan dan berjaya mengekalkan kedudukan untuk meraih kemenangan pertama dalam 4 perlawanan.


Analisa :



 (Shahril)

The best player on the pitch. Did absolutely nothing wrong.  He had pace, his passing was spot on. Ontahlah. Sey memang ghaso dio paling gompak malam tadi. Vision deh dah level lain. IQ bola sepak deh tinggi. He orchestrated JDT II attacks smoothly. I have nothing but praise for his performance. Kalau la dio yang dapek main mo Francis dalam team kito. Hmm.

Contoh kebijaksanaan beliau ialah beliau berjaya membuat decoy run dan memaksa Kim mengikutnya ke bahagian right back yang menyebabkan pertahanan tengah Nismilan kosong. Salah seorang pemain JDT II berjaya mengisi kekosongan itu selepas mendapat hantaran daripada midfield mereka namun gagal membuat percubaan ke arah gol kerana berjaya dihalang oleh Radzuan.


(Kim)

Bermain sebagai center back bersama Radzuan. Berjaya mengatur barisan pertahanan dengan baik. Mempunyai keupayaan membaca perlawanan dan mematahkan serangan lawan. Cuma sekali-sekala beliau off position dek kerana mengawal Shahril Ishak dan juga keghairahannya untuk menanduk bola tinggi di bahagian midfield.


Persembahan Akmal dan Badak ternyata merupakan penyebab utama Nismilan memperoleh kemenangan malam tadi. Kedua-dua sepakan percuma yang menghasilkan gol untuk Nismilan berpunca daripada mereka berdua apabila dikasari dan dijatuhkan pertahanan lawan. Selain itu, mereka juga mendapat support dari Irwan dan Fauzi yang melakukan overlap apabila situasi mengizinkan. Apabila tidak melakukan overlap, kedua-dua full back ini berada rapat dengan Akmal dan Badak untuk memberi extra passing option kepada Nismilan untuk terus menguasai possession lantas melanjutkan tekanan kepada barisan pertahanan JDT II.


Quick throw ins and quick free kicks did gave Nismilan the upper hand. Oftenly catching JDT II's defence off guard but unfortunately unable to convert them into goals. This too is a massive plus for Nismilan performance last night.


 
(Francis)

Satu kelemahan ketara yang dapat dilihat malam tadi terutamanya pada separuh masa pertama ialah Francis kerap offside. Jika beliau lebih peka terhadap defensive line JDT II, sudah pasti Nismilan akan memperoleh lebih daripada 2 gol.


Diharapkan pasukan Nismilan dapat meneruskan persembahan ini sehingga penghujung musim untuk menjayakan misi ke Liga Super musim depan tercapai. Dengan barisan pemain yang sedia ada, tempo dan taktik permainan yang ditunjukkan semalam tidak sukar untuk kembali ke Liga Super. Diharap juga para pemain tidak dilanda kecederaan yang serius untuk tempoh baki musim ini.

Sekian,


MUSUHNYA HABIS BINASA!