Wednesday, March 18, 2015

Nismilan 1-2 Pulau Pinang (FA Cup 3rd Round)

*Sey akan cubo sedayo upayo untuk tak emosi


First Half :

Nismilan masih mengekalkan formasi 4-2-3-1. Formasi yang sama, taktikal yang sama. Akmal dan Ustad bermain di left dan right back menggantikan Botak dan Jinan. 


Gol seawal minit ke-2 oleh Badak berpunca daripada counter attack. Paklong berjaya merampas bola di bahagian kanan padang sebelum membuat hantaran ke Rezal di center circle. Rezal membuat forward pass kepada Francis yang melepasi 2 pertahanan lawan sebelum melepaskan bola kepada Badak untuk menggegar gawang Pulau Pinang.



Sebaik sahaja Nismilan mendahului, Pulau Pinang terus mengasak. Sey kompom bona coaching team deh buek homework sobab diorang banyak sorang tang full back Nismilan.

Rafiuddin dan Faiz Subri kerap mengasak bahagian kanan Nismilan dan mencipta situasi 2 lawan 1 menentang Ustad. Hal ini memaksa salah seorang defensive midfielder Nismilan iaitu Paklong atau Rezal untuk membantu mengekang asakan ini. Sekiranya wide midfielder Nismilan lewat memberi turun untuk membantu pertahanan, maka akan ada ruang kosong yang sangat luas di bahagian tengah pertahanan.

Gambarajah situasi
Memandangkan Paklong terpaksa membantu Ustad di bahagian kanan, kini tinggal Rezal sahaja yang memberi protection kepada defensive line Nismilan sedangkan 3 pemain Pulau Pinang boleh membuat larian ke dalam kotak penalti ataupun berlegar di luar kotak penalti sama ada untuk membuat percubaan ke arah gol ataupun membuat hantaran kepada rakan mereka.

Nampak macam complicated yo sey burak ni kan? Tapi gol penyamaan deh sonang yo. Takyah susah-susah. Pulau Pinang berjayo merobek pertahanan Nismilan dongan main one-two dokek luar kotak penalti. Albert Costa berjayo melopehkan diri dari Razuan. Lopeh tu dio pon rembat tak koncang kek arah gol. Helmi pulak ingat si Costa tu nak cross, dio pun off position untuk intercept cross, tapi bola tu masuk pulak kek near post si Helmi ni. Dah monggolupur nak patah balik nak solamat an bola tu. Memang tak dapek do. Kompom tak dapek.




Pulau Pinang terus mengasak untuk mencari gol kedua sementara Nismilan pula masih cuba untuk memerangkap Pulau Pinang dengan counter attack. Justeru, berlakulah siri hantaran jauh ke Francis yang sia-sia kerana midfield Nismilan lambat untuk memberikan support kepada Francis.

Jika mutu pengadilan lebih baik, Pulau Pinang boleh dihadiahkan sepakan penalti sebelum mendapat gol penyamaan selepas Razuan menjatuhkan Lee Gil Hoon dalam kotak penalti.

Second Half :

Nismilan bermula garang. Namun hanya untuk tempoh kurang daripada 10 minit. Selepas itu, permainan didominasi Pulau Pinang. Pengadil perlawanan Wan Muhammad Tarmizi sekali lagi gagal memberikan sepakan penalti kepada Pulau Pinang setelah Lee Gil Hoon dijatuhkan dalam kotak penalti. Terselamat lagi Nismilan.

Minit ke-79, Hilmi sekali lagi melakukan kesilapan apabila rembatan lemah Lee gagal ditangkap beliau dan terus menembusi celah kangkang beliau lalu bola bergolek melepasi jaringan gol. Melihat kepada body language pemain Nismilan ketika itu, perlawanan telah pun tamat walaupun masih berbaki 11 minit.



Perbincangan :


Nismilan dilihat sukar untuk mengekang pasukan lawan yang mengamalkan tempo permainan yang tinggi dan laju. Jujur sey raso pomain kito tak dayo nak koja pomain Pulau Pinang tadi. Pemain Nismilan terlalu statik. Midfield langsung tidak menggerakkan permainan. Hanya sekadar membuat short passes sesama sendiri. Apabila Pulau Pinang mengimplimentasi high pressing game, hanya long ball yang mampu dihidangkan untuk Francis. Francis pula terpaksa hold bola menentang 3 pemain lawan sementara menunggu support dari midfield yang hampir setiap kali lewat. Hal ini menyebabkan Nismilan gagal langsung menguasai bahagian tengah sekaligus perlawanan.


Tugas sebagai target man memang sukar namun sey yakin Francis boleh melaksanakannya dengan syarat beliau tidak terlalu berseorangan di hadapan dan support dari midfield lebih pantas. Dengan formasi 4-2-3-1 yang diamalkan ini, long ball kepada Francis logik dilaksanakan. Yang tak logiknya ialah support yang lambat.



Harus diakui kedua-dua pemain ini sudah berusia. Both of them have lost their pace significantly. Bruno dilihat bekerja keras untuk mencipta sesuatu namun kerap gagal. Sekiranya Bruno dapat digandingkan dengan seorang lagi attacking midfielder, beban yang dipikul Bruno dapat diringankan. Pertahanan lawan juga tidak menumpukan perhatian kepada Bruno sahaja. 

Formasi dua defensive midfielder ini juga melambatkan sedikit attacking flow Nismilan. Rezal dan Paklong tidak boleh terlalu naik ke atas kerana bimbangkan counter attack daripada Pulau Pinang. Justeru, hanya 4 pemain sahaja yang akan melancarkan serangan iaitu, Puanes, Badak, Bruno, dan Francis. Oftenly they were outnumbered by the oppositions' defense and unable to create any meaningful attack upfront.

Puanes banyak kehilangan bola dan hantarannya juga tidak tepat. Shahrizal pula tidak bermain di posisi naturalnya iaitu penyerang. Begitu juga Akmal. Seorang central midfielder yang diletakkan di left back. Coach Devan should take this into consideration. Players will naturally struggle if played out of position.


The utmost respect to our number 7. Menjalankan tugas sebagai ball winning midfielder dengan cemerlang. Kerap mematikan serangan lawan dengan tackle bersih. Berupaya membuat hantaran jauh yang tepat. We as fans often neglect these little things. Tapi kalau kita tengok betul-betul, Paklong memang memberi sumbangan yang besar kepada pasukan Nismilan.

Untuk kesekian kalinya, pado pandangan sey, Rezal sekadar menumpang di atas padang selain mengambil sepakan percuma dan sepakan sudut. Tugas beliau dengan Paklong adalah sama. Tetapi Paklong "lebih banyak bekerja". Off the ball movement yang mengecewakan. Tidak langsung mencari ruang untuk menerima bola dan memulakan serangan. 

Untuk formasi 4-2-3-1, serangan harus bermula daripada defensive midfield. Rezal dan Paklong seharusnya mengawal possession dengan baik dan akan bekerjasama dengan Bruno untuk mencipta peluang kepada Badak, Puanes, dan Francis. Ado nampak tak bondo ni tadi kek padang? Sobab pomain kito tak dayo nak bolari bona bilo main long ball, cubo la main slow build up. Apabila Siva dimasukkan, terdapat dua kali Nismilan menyerang tanpa menggunakan long ball. Paklong dan Rezal berjaya membuat hantaran kepada Siva (yang rajin mencari ruang kosong untuk menerima bola) yang kemudiannya membuat through ball kepada Puanes dan Francis untuk mengkucar-kacirkan sedikit pertahanan Pulau Pinang.

Tapi tu duo kali yo la. Lopeh tu long main ball balik. Tak paham sey. Ontah lah. 


P/S : Ado individu koba kek sey tadi, ado pomain "masyuk" malam ni. Tapi takdo bukti, sey pun anggap yo lah dio gurau. Keeper kito pun memang ado rekod ponah buek bobondo cani sobolun ni pun. Kepado yang bijak pandai baling batu sorok tangan tu, diharap jangan jadi boghuk laie lopeh ni. Buek malu dan buek susah.


Sekian,

MUSUHNYA HABIS BINASA!





Friday, March 13, 2015

KEKALKAN TAKHTA


Pertemuan seterusnya buat skuad Hobin Jang Hobin adalah menanti kunjungan T-Team di gelanggang keramat Paroi. T-Team pasukan yang sedang berada di kemuncak prestasi mendatangkan sedikit gerun apabila mereka sebelum ini bergaya mengetepikan JDT2 dalam saingan liga dan ATM di persaingan Piala FA.

Mungkin inilah lawan pertama buat The Niners musim ini yang boleh mengukur keupayaan sebenar memandangkan The Niners hanya berhadapan pasukan lemah atau bukan pencabar sebelum ini. Kemenangan di dalam perlawanan ini pastinya menjadi titik permulaan ke arah kebangkitan sebenar Nismilan musim ini ke arah menuju destinasi Liga Super 2016 selain melonjak semangat pasukan bagi menghadapi saingan kedua Piala FA pada minggu hadapan.

Peningkatan prestasi yang ditunjukkan di Kuantan tempohari memberikan sinar bahawa The Niners berada di landasan yang tepat. Kembalinya pemain pemain utama dari kecederaan seperti Khyril, Sivanesan dan Rudi memberikan K. Devan lebih pilihan di dalam merencana strategi terbaik.

Sekalian Yang Setia peminat tidak mahu melihat lagi pemain pemain baru yang dibawa masuk musim ini terus memenuhi bangku simpanan akibat kecederaan. Peminat tertanya-tanya apakah pelaburan besar yang dibelanjakan hanya pembaziran apabila hanya Rezal, Helmi dan Irwan sahaja acapkali membarisi kesebelasan sedangkan baki yang lain bergelut dengan kecederaan yang berpanjangan.

Sentuhan berbisa Forkey Doe terus ditagih. Rekod cemerlang beliau perlu dikekalkan justeru bahagian tengah harus cemerlang di dalam mencipta peluang. Aksi konsisten Bruno dan Fauzi menjadi nadi penggerak. Sivanesan dan Akmal pilihan terbaik sebagai kesebelasan utama.

Benteng lawan yang agak liat diketuai oleh ketua pasukan David Oniya perlu diambil kira oleh K. Devan dalam mempelbagai variasi serangan. Ketajaman penyerang mereka Farhad Tadjiev yang makin menemui rentak juga faktor yang perlu diawasi Jean Alexandre dan rakan-rakan.

Hanya kemenangan dicari bagi terus mengekalkan The Niners di tangga teratas liga sehingga April nanti. Sokongan satu penyokong satu bendera dari Sekalian Yang Setia pasti menyemarak semangat pasukan. Ayuh waghih kita penuhkan Paroi. Pasukan anda adalah pendahulu liga namun kehadiran di Paroi setakat ini mengecewakan. Alangkah meriahnya jika Paroi dipenuhi 10,000 Sekalian Yang Setia malam esok. Pasti Musuhnya Habis Binasa!

INI DARAH WAGHIEH!