Friday, August 28, 2015

Ceghito Nismilan Tidak Ko Liga Super, Pialo Malaysia, Liga Jejuagho Asia, mahupun Pialo Dunio!

Dah lamo tak post papo sobolum ni bukan sobab tak poie tengok game. Bukan sobab dah sokong JDT. Bukan jugak sobab boghi oghang pinjam duit sey 2.6billion. Dah lamo tak post sobab takdo bondo baghu yang nak dipost. Samo yo bondo yang nak di post. Boring la. Tak mencabar. Tak dapek ilmu baghu. Tapi kali ni kono post.

3 hari diperlukan untuk menenangkan jiwa sebelum membuat post ini. Kot dibuek lopeh game playoff  maghin, ponuh dongan sumpah seranah yo la.

Bab pongurusan sey soghah kek oghang lain la untuk ceghito. Sey ceghito bab ateh padang yo. 


1.

Rezal Zambery Yahya sebelum dan selepas.


Mombosar bak johan poit! Bukan mengata tetapi fakta. Bekas kapten. Bermain sebagai holding midfielder. Tapi apo bondo yo yang dio buek ateh padang? Totap gak first eleven!!! Itu yang tak tahan tu. 

Ngarap an free kick dongan corner yo la. Sian sey nengok full back kito. Kot dio ni tak sompek turun maso kono counter attack, torkincit si Akmal, Kim, Puanes nak ngojar pomain lawan. Tapi tetap first eleven!!!

Dengan formasi 4-5-1 atau 4-2-2-1-1 yang Nismilan selalu guna ni, cara menyerang adalah penetrate melalui bahagian tengah. Cuba menembusi central midfield dan centre back lawan. Masalah eh, bilo Forkey Doe dah hold bola 10-15 saat, midfield yang patut naik ni tak sampai-sampai! Bongih la si Forkey Doe ni. Tu yang manjang nak tamak yo. Yang manjang nak tongking oghang yo. 

Work rate sangat rendah. Kerap memperlahankan rentak permainan. Jarang menggerakkan pasukan untuk menyerang. Jarang mematikan serangan lawan (yang sememangnya tugas seorang holding midfielder). Menjadi liabiliti di atas padang. Berbaloi dilepaskan.


2.
Bruno Martellotto
Pernah memenangi Piala Malaysia bersama MPPJ pada 2003. Ke 2004? Tak ingat. Sebelum menyertai Nismilan, berkhidmat dengan cemerlang bersama ATM. Mungkinkah faktor usia? Mungkinkah sememangnya bungko dari dahulu dan kita tidak perasan?

Kerap bermain di belakang Forkey Doe. Tetapi nampak kurang serasi. Kerap melakukan keputusan yang salah kek mato sey la. Lambat membuat hantaran untuk membuka permainan mahupun mencipta peluang jaringan. Pertahanan lawan dapat mengekang beliau dengan mudah apabila beliau membawa bola ke bahagian sayap. Eh. Entah lah! Pening lah! Main belakang striker, tapi bila dapat bola pergi tempat winger. Lopeh tu winger nak poie mano? Haji? Tau la tongah musim haji tapi...ontah lah.

Adakalanya memegang bola terlalu lama. Mungkin beliau ingat beliau masih muda. Mungkin juga beliau kecewa dengan rakan sepasukan yang bermain midfield jarang memberi support. Ataupun mungkin beliau terkenang-kenang Ijan Burger.

Impak beliau bersama pasukan Nismilan tidak begitu ketara, tidak begitu besar. Juga berbaloi dilepaskan.


3.
Francis Forkey Doe
Penyerang yang boleh tahan. Tidak terlalu bagus, tetapi boleh tahan. Sebahagian besar gol Nismilan dijaringkan oleh beliau. Sebahagian besar jaringan beliau adalah daripada dead ball situation. Maknanya apa? Makno eh nak ngarap an free kick dongan penalti yo la. Jarang bona dapek gol padang. Kot dapek limo free kick ompek yang masuk takpo gak.

Mempunyai upper body strength yang berguna untuk shield dan hold bola daripada dirampas pihak lawan. Berupaya menggelecek tiga sehingga empat pertahanan lawan sambil lewa. Dek keranan kelebihan dan keupayaan beliau ini jugalah Nismilan banyak melepaskan peluang untuk mencipta peluang gol.

Bilo buleh pass kek teammate di bantai eh solo. Lopeh tu tak lopeh buek-buek jatuh mintak free kick. Yang paling sey gogham, dah lopeh bola dio buek ontok yo jalan belenggan kangkung. Bukan apo, dio pun tau midfield deh tak laju mano nak turun naik padang. Bilo midfield dah support tu main la dongan dioghang. Kot nak main solo tak payah tunggu midfield. Midfield pun polik. Time dio tak naik kau tunggu. Time dio dah naik ko tak pass pulak. Dah satu hal nak turun ngojar pomain lawan bilo bola telopeh. Apo punyo pomikiran la. Tak paham boto sey!

Beliau juga tidak klinikal. Dapek 10 satu lawan satu dongan keeper, duo yo masuk. Maghin lawan ATM tigo kali one on one, semua dio ghembat kek badan Syed Adni tu. Memang la tak masuk! Lopeh tu bongih! APO BONDOOOOOO LAAAA! Dah nampak si Syed Adni tu handa bona lak malam tu. Walaupun kito tau komampuan Syed Adni tu macam mano. Tak payah la sey nak ingat an balik macam mano team Malaysia tahun 2005 tu.

Seperkara lagi, kerap merendahkan moral rakan sepasukan. Oghang buek salah bongih, dio buek salah takpo. Dapek immuniti dari jurulatih agak eh. Ontah lah. Lotih la cakap bondo samo. Berbaloi dilepaskan.


4.
Helmi Eliza
Hmm. Err. Hmm. Hahahahahahahahahahahaha. Kito sumo pun dah tau kan? tak payah la nak ceghito panjang lebar. Berbaloi dilepaskan.


5.

Kesilapan paling besar beliau ialah tidak bermain mengikut kekuatan pasukan sendiri. Walaupun memiliki pemain-pemain muda, namun rata-rata kesebelasan utam beliau semuanya berusia 30 tahun dan ke atas. Pomain pongalaman banyak-banyak ateh padang  ni nak poie mano? Tak poie mano pun kan? Kek Liga Perdano gak sudah eh kan? Kot poie Liga Super, poie Pialo Malaysia, poie Liga cakerawala lain la ceghito deh. Kot pongalaman banyak lopeh tu decision making dongan cagho main macam Pirlo, macam Lampard, macam Gerrard takpo la jugak. Ni cagho main macam Big Show. Memang tak menureh la jawab eh!


Terlalu percaya kepada keempat-empat pemain di atas. Tak kigho la tak on form ko, main macam hampeh ko, keharmonian skuad terjejas ko, tak kiro. Dio nak gak yang ompek kek ateh ni main. Tahapo dipikir an tah.

 Kim dan Fauzi (Paklong)

Jika benar PBNS serius ingin ke Liga Super semula, kedua-dua pemain ini harus dikekalkan. Untuk musim ini Kim memang tak pernah mengecewakan. Boleh bermain sebagai pertahanan, midfield, dan penyerang. Sentiasa memberikan 100% apabila berada di atas padang. 

Berapa banyak tackle penting yang dia buat untuk menggagalkan serangan lawan? Berapa banyak cross yang berjaya dia patahkan? Berapa kali pemain lawan berjaya melepasi pertahanan dia? Berapa banyak? Berapa? Cukup banyak. Satu kerugian untuk PBNS melepaskan pemain ini. Boleh digunakan sebagai utility player untuk pasukan tetapi dihadkan untuk bermain pertahanan. Sangat rugi.

Paklong pula kerap cedera. Namun setiap kali dapat bermain, beliaulah yang akan menggerakkan permainan. Bijak membuka ruang untuk rakan. Hantaran berkualiti yang jarang tersasar. Beliau jugalah yang akan memikul tanggungjawab Rezal sebagai holding midfielder untuk mematikan serangan lawan. Berapa banyak kali dia menang bola di kawasan midfield? Kalau mereka berdua tiada dalam skuad Nismilan, mungkin Nismilan tidak lagi berada dalam Liga Perdana. Mungkin Nismilan kini sedang merebut tempat untuk bermain di Liga Kuala Pilah, Liga Paroi, ataupun Liga TTJ.

Jika PBNS benar-benar melakukan kerja, mereka boleh nampak sumbangan kedua-dua pemain ini. Skuad baru yang akan dibentuk dengan rata-ratanya pemain muda untuk musim hadapan pasti lebih mantap dengan bimbingan kedua-dua pemain ini.

Oh, seorang lagi. Azizi Mat Rose. Tiga pemain ini pasti boleh membimbing skuad muda musim depan untuk memberi cabaran kepada pasukan lain. Tapi takdo do. Semuo dilopeh an. Tak tengok game ko apo? Sey yang takdo lesen coaching ni pulak nak kono ajar. Ponasihat pun makan gaji buto ko apo? Susah la macam ni.

Sudah la. Gogham lak ghaso eh ni. Tobonam-bonam dah kunci-kunci keyboard ni sey tokan. Jumpo lah musim dopan. Hadap yo lah kalah-kalah ni. Mungkin kifarah kek kito sobab sobolum ni bongkak bona asik masuk final yo kan? Padan muko kito. Sey pun nak poie main futsal ni ha. Datang la Public Star kot nak main dongan team sey. Team sey semuo Big Show. Hahahaha

Sekian,

MUSUHNYA TAK BINASA, DIRI SENDIRI YANG MERANA!

Monday, April 27, 2015

Nismilan 2-1 JDT II (Matchday #8 Liga Perdana)

First Half :

Ada sedikit kelainan mengenai persembahan Nismilan malam tadi. Kato kunci eh sedikit. Kelainan yang positif. Badak (Shahrizal Saad) dan Akmal berjaya meningkatkan tempo menyerang Nismilan. Jika sebelum ini serangan Nismilan terlalu one-dimensional dengan hanya mempertaruhkan hantaran jauh kepada Francis, malam tadi setidaknya Badak dan Akmal berjaya mengurangkan sedikit beban Francis.


Dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini, Nismilan berjaya menguasai possession namun gagal menterjemahkan possession kepada goal scoring opportunity. Situasi yang amat berbeza boleh dilihat dalam persembahan menentang pasukan Harimau Selatan malam tadi. Nismilan berjaya memberi tekanan kepada benteng pertahanan JDT II dan sentiasa melancarkan serangan bertali arus ke arah gawang lawan.

Kembali kepada Badak dan Akmal. Dua pemain yang berbeza pada pendapat sey. Akmal has a decent pace. The thing that made him shine was that his ability to dribble past his man and playing that one two passes with his fellow attacking mates. His work rate was phenomenal! 


Badak on the other hand was not as quick as Akmal. At least that was what he showed on the pitch. But he was able to hold possession long enough for support to arrived and linking the play with Fauzi, Rezal and Bruno to maintain the pressure on JDT II defense. His contribution was massive!


Gol sulung permainan dijaringkan oleh Forkey pada minit ke-42 menerusi sepakan percuma Rezal. Hantaran Rezal gagal dikeluarkan oleh pertahanan JDT II dan Francis berjaya membuat rembatan setelah keadaan kucar-kacir di hadapan gawang JDT II. I thought the referee missed a blatant foul by Francis right before the goal.

Senyum yang diukir penyokong Nismilan tidak kekal lama kerana selang 2 minit kemudian, JDT II berjaya menyamakan kedudukan menerusi tandukan Nicolas Delmonte hasil sepakan sudut. Positioning Helmi boleh dipersoalkan. Ghaso eh buleh yo dio nak save bola tu, tapi sobab dio dah ko dopan dulu, tu yang tak tojangkau gak eh.



Second Half :

Tidak banyak perbezaan dengan separuh masa pertama. Alexandre berjaya menjaringkan gol kemenangan Nismilan pada minit ke-61 sekali lagi menerusi sepakan percuma Rezal.


Dalam 15 minit terakhir perlawanan, Nismilan dilihat lebih banyak bertahan dan berjaya mengekalkan kedudukan untuk meraih kemenangan pertama dalam 4 perlawanan.


Analisa :



 (Shahril)

The best player on the pitch. Did absolutely nothing wrong.  He had pace, his passing was spot on. Ontahlah. Sey memang ghaso dio paling gompak malam tadi. Vision deh dah level lain. IQ bola sepak deh tinggi. He orchestrated JDT II attacks smoothly. I have nothing but praise for his performance. Kalau la dio yang dapek main mo Francis dalam team kito. Hmm.

Contoh kebijaksanaan beliau ialah beliau berjaya membuat decoy run dan memaksa Kim mengikutnya ke bahagian right back yang menyebabkan pertahanan tengah Nismilan kosong. Salah seorang pemain JDT II berjaya mengisi kekosongan itu selepas mendapat hantaran daripada midfield mereka namun gagal membuat percubaan ke arah gol kerana berjaya dihalang oleh Radzuan.


(Kim)

Bermain sebagai center back bersama Radzuan. Berjaya mengatur barisan pertahanan dengan baik. Mempunyai keupayaan membaca perlawanan dan mematahkan serangan lawan. Cuma sekali-sekala beliau off position dek kerana mengawal Shahril Ishak dan juga keghairahannya untuk menanduk bola tinggi di bahagian midfield.


Persembahan Akmal dan Badak ternyata merupakan penyebab utama Nismilan memperoleh kemenangan malam tadi. Kedua-dua sepakan percuma yang menghasilkan gol untuk Nismilan berpunca daripada mereka berdua apabila dikasari dan dijatuhkan pertahanan lawan. Selain itu, mereka juga mendapat support dari Irwan dan Fauzi yang melakukan overlap apabila situasi mengizinkan. Apabila tidak melakukan overlap, kedua-dua full back ini berada rapat dengan Akmal dan Badak untuk memberi extra passing option kepada Nismilan untuk terus menguasai possession lantas melanjutkan tekanan kepada barisan pertahanan JDT II.


Quick throw ins and quick free kicks did gave Nismilan the upper hand. Oftenly catching JDT II's defence off guard but unfortunately unable to convert them into goals. This too is a massive plus for Nismilan performance last night.


 
(Francis)

Satu kelemahan ketara yang dapat dilihat malam tadi terutamanya pada separuh masa pertama ialah Francis kerap offside. Jika beliau lebih peka terhadap defensive line JDT II, sudah pasti Nismilan akan memperoleh lebih daripada 2 gol.


Diharapkan pasukan Nismilan dapat meneruskan persembahan ini sehingga penghujung musim untuk menjayakan misi ke Liga Super musim depan tercapai. Dengan barisan pemain yang sedia ada, tempo dan taktik permainan yang ditunjukkan semalam tidak sukar untuk kembali ke Liga Super. Diharap juga para pemain tidak dilanda kecederaan yang serius untuk tempoh baki musim ini.

Sekian,


MUSUHNYA HABIS BINASA!

Wednesday, March 18, 2015

Nismilan 1-2 Pulau Pinang (FA Cup 3rd Round)

*Sey akan cubo sedayo upayo untuk tak emosi


First Half :

Nismilan masih mengekalkan formasi 4-2-3-1. Formasi yang sama, taktikal yang sama. Akmal dan Ustad bermain di left dan right back menggantikan Botak dan Jinan. 


Gol seawal minit ke-2 oleh Badak berpunca daripada counter attack. Paklong berjaya merampas bola di bahagian kanan padang sebelum membuat hantaran ke Rezal di center circle. Rezal membuat forward pass kepada Francis yang melepasi 2 pertahanan lawan sebelum melepaskan bola kepada Badak untuk menggegar gawang Pulau Pinang.



Sebaik sahaja Nismilan mendahului, Pulau Pinang terus mengasak. Sey kompom bona coaching team deh buek homework sobab diorang banyak sorang tang full back Nismilan.

Rafiuddin dan Faiz Subri kerap mengasak bahagian kanan Nismilan dan mencipta situasi 2 lawan 1 menentang Ustad. Hal ini memaksa salah seorang defensive midfielder Nismilan iaitu Paklong atau Rezal untuk membantu mengekang asakan ini. Sekiranya wide midfielder Nismilan lewat memberi turun untuk membantu pertahanan, maka akan ada ruang kosong yang sangat luas di bahagian tengah pertahanan.

Gambarajah situasi
Memandangkan Paklong terpaksa membantu Ustad di bahagian kanan, kini tinggal Rezal sahaja yang memberi protection kepada defensive line Nismilan sedangkan 3 pemain Pulau Pinang boleh membuat larian ke dalam kotak penalti ataupun berlegar di luar kotak penalti sama ada untuk membuat percubaan ke arah gol ataupun membuat hantaran kepada rakan mereka.

Nampak macam complicated yo sey burak ni kan? Tapi gol penyamaan deh sonang yo. Takyah susah-susah. Pulau Pinang berjayo merobek pertahanan Nismilan dongan main one-two dokek luar kotak penalti. Albert Costa berjayo melopehkan diri dari Razuan. Lopeh tu dio pon rembat tak koncang kek arah gol. Helmi pulak ingat si Costa tu nak cross, dio pun off position untuk intercept cross, tapi bola tu masuk pulak kek near post si Helmi ni. Dah monggolupur nak patah balik nak solamat an bola tu. Memang tak dapek do. Kompom tak dapek.




Pulau Pinang terus mengasak untuk mencari gol kedua sementara Nismilan pula masih cuba untuk memerangkap Pulau Pinang dengan counter attack. Justeru, berlakulah siri hantaran jauh ke Francis yang sia-sia kerana midfield Nismilan lambat untuk memberikan support kepada Francis.

Jika mutu pengadilan lebih baik, Pulau Pinang boleh dihadiahkan sepakan penalti sebelum mendapat gol penyamaan selepas Razuan menjatuhkan Lee Gil Hoon dalam kotak penalti.

Second Half :

Nismilan bermula garang. Namun hanya untuk tempoh kurang daripada 10 minit. Selepas itu, permainan didominasi Pulau Pinang. Pengadil perlawanan Wan Muhammad Tarmizi sekali lagi gagal memberikan sepakan penalti kepada Pulau Pinang setelah Lee Gil Hoon dijatuhkan dalam kotak penalti. Terselamat lagi Nismilan.

Minit ke-79, Hilmi sekali lagi melakukan kesilapan apabila rembatan lemah Lee gagal ditangkap beliau dan terus menembusi celah kangkang beliau lalu bola bergolek melepasi jaringan gol. Melihat kepada body language pemain Nismilan ketika itu, perlawanan telah pun tamat walaupun masih berbaki 11 minit.



Perbincangan :


Nismilan dilihat sukar untuk mengekang pasukan lawan yang mengamalkan tempo permainan yang tinggi dan laju. Jujur sey raso pomain kito tak dayo nak koja pomain Pulau Pinang tadi. Pemain Nismilan terlalu statik. Midfield langsung tidak menggerakkan permainan. Hanya sekadar membuat short passes sesama sendiri. Apabila Pulau Pinang mengimplimentasi high pressing game, hanya long ball yang mampu dihidangkan untuk Francis. Francis pula terpaksa hold bola menentang 3 pemain lawan sementara menunggu support dari midfield yang hampir setiap kali lewat. Hal ini menyebabkan Nismilan gagal langsung menguasai bahagian tengah sekaligus perlawanan.


Tugas sebagai target man memang sukar namun sey yakin Francis boleh melaksanakannya dengan syarat beliau tidak terlalu berseorangan di hadapan dan support dari midfield lebih pantas. Dengan formasi 4-2-3-1 yang diamalkan ini, long ball kepada Francis logik dilaksanakan. Yang tak logiknya ialah support yang lambat.



Harus diakui kedua-dua pemain ini sudah berusia. Both of them have lost their pace significantly. Bruno dilihat bekerja keras untuk mencipta sesuatu namun kerap gagal. Sekiranya Bruno dapat digandingkan dengan seorang lagi attacking midfielder, beban yang dipikul Bruno dapat diringankan. Pertahanan lawan juga tidak menumpukan perhatian kepada Bruno sahaja. 

Formasi dua defensive midfielder ini juga melambatkan sedikit attacking flow Nismilan. Rezal dan Paklong tidak boleh terlalu naik ke atas kerana bimbangkan counter attack daripada Pulau Pinang. Justeru, hanya 4 pemain sahaja yang akan melancarkan serangan iaitu, Puanes, Badak, Bruno, dan Francis. Oftenly they were outnumbered by the oppositions' defense and unable to create any meaningful attack upfront.

Puanes banyak kehilangan bola dan hantarannya juga tidak tepat. Shahrizal pula tidak bermain di posisi naturalnya iaitu penyerang. Begitu juga Akmal. Seorang central midfielder yang diletakkan di left back. Coach Devan should take this into consideration. Players will naturally struggle if played out of position.


The utmost respect to our number 7. Menjalankan tugas sebagai ball winning midfielder dengan cemerlang. Kerap mematikan serangan lawan dengan tackle bersih. Berupaya membuat hantaran jauh yang tepat. We as fans often neglect these little things. Tapi kalau kita tengok betul-betul, Paklong memang memberi sumbangan yang besar kepada pasukan Nismilan.

Untuk kesekian kalinya, pado pandangan sey, Rezal sekadar menumpang di atas padang selain mengambil sepakan percuma dan sepakan sudut. Tugas beliau dengan Paklong adalah sama. Tetapi Paklong "lebih banyak bekerja". Off the ball movement yang mengecewakan. Tidak langsung mencari ruang untuk menerima bola dan memulakan serangan. 

Untuk formasi 4-2-3-1, serangan harus bermula daripada defensive midfield. Rezal dan Paklong seharusnya mengawal possession dengan baik dan akan bekerjasama dengan Bruno untuk mencipta peluang kepada Badak, Puanes, dan Francis. Ado nampak tak bondo ni tadi kek padang? Sobab pomain kito tak dayo nak bolari bona bilo main long ball, cubo la main slow build up. Apabila Siva dimasukkan, terdapat dua kali Nismilan menyerang tanpa menggunakan long ball. Paklong dan Rezal berjaya membuat hantaran kepada Siva (yang rajin mencari ruang kosong untuk menerima bola) yang kemudiannya membuat through ball kepada Puanes dan Francis untuk mengkucar-kacirkan sedikit pertahanan Pulau Pinang.

Tapi tu duo kali yo la. Lopeh tu long main ball balik. Tak paham sey. Ontah lah. 


P/S : Ado individu koba kek sey tadi, ado pomain "masyuk" malam ni. Tapi takdo bukti, sey pun anggap yo lah dio gurau. Keeper kito pun memang ado rekod ponah buek bobondo cani sobolun ni pun. Kepado yang bijak pandai baling batu sorok tangan tu, diharap jangan jadi boghuk laie lopeh ni. Buek malu dan buek susah.


Sekian,

MUSUHNYA HABIS BINASA!





Friday, March 13, 2015

KEKALKAN TAKHTA


Pertemuan seterusnya buat skuad Hobin Jang Hobin adalah menanti kunjungan T-Team di gelanggang keramat Paroi. T-Team pasukan yang sedang berada di kemuncak prestasi mendatangkan sedikit gerun apabila mereka sebelum ini bergaya mengetepikan JDT2 dalam saingan liga dan ATM di persaingan Piala FA.

Mungkin inilah lawan pertama buat The Niners musim ini yang boleh mengukur keupayaan sebenar memandangkan The Niners hanya berhadapan pasukan lemah atau bukan pencabar sebelum ini. Kemenangan di dalam perlawanan ini pastinya menjadi titik permulaan ke arah kebangkitan sebenar Nismilan musim ini ke arah menuju destinasi Liga Super 2016 selain melonjak semangat pasukan bagi menghadapi saingan kedua Piala FA pada minggu hadapan.

Peningkatan prestasi yang ditunjukkan di Kuantan tempohari memberikan sinar bahawa The Niners berada di landasan yang tepat. Kembalinya pemain pemain utama dari kecederaan seperti Khyril, Sivanesan dan Rudi memberikan K. Devan lebih pilihan di dalam merencana strategi terbaik.

Sekalian Yang Setia peminat tidak mahu melihat lagi pemain pemain baru yang dibawa masuk musim ini terus memenuhi bangku simpanan akibat kecederaan. Peminat tertanya-tanya apakah pelaburan besar yang dibelanjakan hanya pembaziran apabila hanya Rezal, Helmi dan Irwan sahaja acapkali membarisi kesebelasan sedangkan baki yang lain bergelut dengan kecederaan yang berpanjangan.

Sentuhan berbisa Forkey Doe terus ditagih. Rekod cemerlang beliau perlu dikekalkan justeru bahagian tengah harus cemerlang di dalam mencipta peluang. Aksi konsisten Bruno dan Fauzi menjadi nadi penggerak. Sivanesan dan Akmal pilihan terbaik sebagai kesebelasan utama.

Benteng lawan yang agak liat diketuai oleh ketua pasukan David Oniya perlu diambil kira oleh K. Devan dalam mempelbagai variasi serangan. Ketajaman penyerang mereka Farhad Tadjiev yang makin menemui rentak juga faktor yang perlu diawasi Jean Alexandre dan rakan-rakan.

Hanya kemenangan dicari bagi terus mengekalkan The Niners di tangga teratas liga sehingga April nanti. Sokongan satu penyokong satu bendera dari Sekalian Yang Setia pasti menyemarak semangat pasukan. Ayuh waghih kita penuhkan Paroi. Pasukan anda adalah pendahulu liga namun kehadiran di Paroi setakat ini mengecewakan. Alangkah meriahnya jika Paroi dipenuhi 10,000 Sekalian Yang Setia malam esok. Pasti Musuhnya Habis Binasa!

INI DARAH WAGHIEH!